English  Malay  




a

Athlete's High Protein Shake

RM32.95

Product Details:


Gabungan penjana tenaga, pembina otot, pemaju stamina dan penggalak kesihatan untuk orang-orang Atlet dan Sukan.

ASID AMINO: Asid amino adalah penting untuk pembentukan tisu otot baru dan untuk memperbaiki tisu otot senaman atau aktiviti lasak.

DADIH SUSU (WHEY): Mengandungi asid amino, vitamin dan mineral yang penting dalam perkadaran yang betul. Ia adalah sumber kalsium tenusu yang sangat baik yang diperlukan untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Whey mengandungi rantaian asid amino (BCAAs: Leucine, Isoleucine danValine) yang sangat tinggi yang membekalkan protein serta-merta ke otot semasa senaman.

KALSIUM KASEINAT: Protein yang dihasilkan daripada susu kasein. Sumber protein yang diperlukan untuk atlet dan pembina otot. Lebih baik jika diambil selepas sesi senaman dan sebelum waktu tidur. Ini kerana badan kita masih membakar kalori ketika tidur (pada kadar yang lebih perlahan) dan jika ia kehabisan bahan untuk digunakan pada waktu malam, ia akan mula menjejaskan otot. Kesan katabolik ini dielakkan dengan Kalsium Kaseinat yang menyediakan pembebasan asid amino sepanjang malam dan ini mengekalkan jisim otot semasa tidur.

OMEGA -3 Serbuk Minyak Ikan: Mengandungi asid lemak tak tepu yang penting yang penting untuk metabolisma. Ia melindungi sistem kardiovaskular dengan meningkatkan paras kolesterol HDL iaitu tahap kolesterol yang "baik" dan membantu menurunkan tahap kolesterol LDL iaitu tahap kolesterol yang "tidak baik".

KOLOSTRUM: Kolostrum merupakan susu khas yang dihasilkan oleh lembu pada kehamilan lewat atau ketika anak lembu baru dilahirkan. Ia mengandungi kepekatan antibodi tinggi yang menguatkan sistem imun terhadap penyakit.

ALBUMIN: Albumin adalah komponen protein yang paling banyak dalam darah dan penting untuk saluran darah berfungsi dengan baik.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan: Serbuk Susu Krim Penuh, Whey, Calcium Caseinate, Albumin, Omega-3, Colostrum & Koko.

ARAHAN:

Ambil segera selepas sesi senaman atau sejam sebelum aktiviti senaman atau sukan.
  


Tambahkan ke Keranjang:

  • Berat Pengiriman: 1pon
  • Diproduksi Oleh: 21st Century Healthcare Inc.