English  Malay  




a

Cranberry Juice, 1 litre

RM94.30

Product Details:


Cranberry Juice keluaran 21st Century adalah 100% asli tanpa gula yang diekstrak daripada buah kranberi segar dan matang, dari Amerika Syarikat, kaya dengan mineral kalium, tembaga, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi khusus untuk pundi kencing. Kranberi juga kaya dengan antioksidan Vitamin A dan C ditambah dengan Vitamin B secara semula jadi. Kranberi mengandungi sebatian pencegah jangkitan yang disebut “tanin pekat” untuk melawan jangkitan bakteria, termasuk E.Coli. Kebanyakan minuman jus kranberi yang terdapat di pasar raya mengandungi jus kranberi kurang daripada 18% (baca label pada jenama terkemuka dan anda akan melihat bahawa anda tidak membeli jus kranberi tulen tetapi minuman manis, berperisa kranberi yang tidak berkesan untuk rawatan jangkitan pundi kencing). Jus Kranberi ini tidak ditambah gula kerana penambahan gula akan mengurangkan keberkesanan pencegahan & rawatan jangkitan saluran kencing.

MANFAAT UTAMA:
• CYSTITIS – Efektif dalam mencegah & merawat jangkitan saluran kencing yang dapat mengakibatkan kekerapan membuang air kencing dan menyakitkan disebabkan oleh kehadiran bakteria dalam saluran kencing. Kranberi menghalang bakteria E.Coli daripada melekat pada dinding saluran kencing, membersihkan dan membuangnya sebelum mereka dapat melakukan kerosakan seperti yang dilaporkan dalam Journal of the American Medical Association 1994 (9 Mac); 271 (10): 751-754.
• BAU - Mengurangkan bau yang tidak menyenangkan yang dialami oleh penghidap masalah lemah kawalan kencing dengan menghilangkan bau saluran kencing.
• INKONTINEN - Membantu mengurangkan pengumpulan lendir di dalam pundi kencing.
• GOUT - Kranberi bertindak membantu menyingkirkan asid urik yang dikristal di sekitar sendi tertentu, menyebabkan simptom gout yang sangat sakit.
• KEKEJANGAN OTOT - Kandungan kalium yang tinggi dalam Kranberi dapat mengurangkan kekejangan otot.
  


Tambahkan ke Keranjang:

  • Berat Pengiriman: 1pon
  • Diproduksi Oleh: 21st Century Healthcare Inc.



Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli...