VITAMIN C 1000mg






RM 19.95 - 60 tablet

VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

  • Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
  • Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
  • Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :

  • Memperbaiki kesihatan kulit muka.
  • Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
  • Batuk, demam selsema, jangkitan.
  • Warga tua.
  • Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
  • Wanita yang mengambil pil perancang.
  • Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
  • Pesakit kencing manis.

Mengambil multivitamin untuk keperluan harian seperti SPECTRUM MULTIVITE atau CHILDREN'S VITAMINS meningkatkan kebaikan Vitamin C.

Siri VITAMIN C keluaran 21st Century:

- CHEWABLE ORANGE FLAVORED TABLETS
Boleh didapati dalam sukatan 250mg, 500mg dan 1000mg dengan perisa asli oren tablet boleh kunyah.

- PROLONGED RELEASE
Prolonged-Release Vitamin C dalam sukatan 500mg dan 1000mg memastikan 12 jam kehadiran Vitamin C di dalam tubuh. Tambahan dengan Vitamin B-Complex.