|
Soy protein
adalah amat berkhasiat dan mengandungi beberapa komponen biologikal
aktif yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Soy protein tidak mempunyai kolesterol, lemak tepu yang rendah
dan sumber serat pemakanan yang baik. Selain daripada mengurangkan
paras kolesterol dalam darah, soy protein juga mungkin mengurangkan
risiko sesetengah kanser, menambahkan kesihatan tulang dan
meredakan beberapa simptom haid.
SIAPAKAH
YANG PATUT MENGAMBIL SOY PROTEIN?
Mereka yang mempunyai kolesterol darah yang tinggi
Menggantikan protein haiwan dengan Soy Protein dalam diet
boleh membantu mengurangkan jumlah dan paras kolesterol LDL
dan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Wanita
Soy protein boleh menawarkan wanita lain-lain kelebihan khas
istimewa sebagai tambahan kepada kesan pengurangan kolesterol.
Kategori wanita yang mungkin mendapat faedah terbanyak daripada
mengambil soy protein dengan isoflavon termasuk:
- Wanita-wanita
yang berisko tinggi untuk mengidap penyakit jantung.
- Wanita-wanita
yang tidak boleh atau tidak mahu mengikuti terapi penggantian
hormon.
- Wanita-wanita
yang mengambil berat tentang kesihatan tulang.
- Wanita-wanita
yang mengalami simptom haid.
Osteoporosis
dan Ketumpatan Tulang
Soy protein melindung daripada osteoporosis dan risiko patah
tulang dengan menggalakkan keseimbangan kalsium yang optimum.
Soy protein dengan isoflavon semula jadinya menggalakkan kesihatan
tulang dan mencegah kehilangan tulang.
Ahli
sukan yang mengambil diet yang kaya dengan protein
Orang yang mengalami stres terlazim seperti ahli-ahli sukan
dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif, akan mendapat
faedah daripada asid amino bercabang dan lain-lain asid amino
dalam Soy Protein. Ia juga membantu mengurangkan kelesuan
selepas sesi latihan. Asid amino yang menjadi Kelompok Kritikal
termasuk asid amino Leusina rantai bercabang, Isoleusina,
Valina, Glutamina dan Arginina, adalah penting untuk membina,
mengembang dan memulihkan otot. Glutamina dan Arginina dianggap
penting ketika tekanan metabolisme.

|