Skim Cal






RM 18.95 - 60's
 

Susu adalah sumber kalsium semula jadi yang terbaik, penting untuk kesihatan gigi dan tulang. Bagaimanapun, susu penuh mengandungi peratus lemak yang tinggi, membuat susu tanpa lemak atau separuh lemak menjadi pilihan yang lebih sihat. Susu tanpa lemak juga mengandungi lebih banyak kalsium daripada susu penuh lemak kerana mineral ini terdapat dalam bahagian berair susu dan dipekatkan semasa proses membuang lemak.

Apabila kita meningkat tua, adalah lebih baik untuk cuba menghadkan jumlah lemak dalam diet khususnya lemak tepu. Hampir separuh daripada lemak dalam susu adalah lemak tepu dan ini amat tidak diingini kerana lemak tepu meningkatkan paras kolesterol darah - faktor risiko utama dalam penyakit jantung koronari. Ketidakcukupan dalam pengambilan kalsium dikaitkan dengan beberapa keadaan penyakit yang lazim bagi orang tua seperti osteoporosis. Banyak penyelidikan yang didokumenkan menunjukkan kejadian osteoporosis (tulang mengecil yang meningkatkan risiko patah tulang) meningkat mengikut usia, wanita-wanita selepas menopaus amat berisiko. Jisim tulang mula mengurang di antara usia 20 dan 40 tahun, dan pengurangan ini akan berterusan pada kadar 6 hingga 10 peratus setiap dekad.

Skim Cal keluaran 21st Century adalah sumber kalsium, vitamin dan mineral terbaik diperkayakan dengan vitamin D yang membenarkan individu yang alah kepada laktosa untuk menikmati dan memperolehi khasiat penuh susu tanpa menyebabkan gangguan penghadaman susu biasa.