|


|
SAW PALMETTO
adalah pati herba yang diambil dari Saw Palmetto Berry (Serenoa
repens). Ia telah digunakan bertahun-tahun oleh kaum lelaki
di Eropah dan sekarang ia diiktiraf di Amerika Syarikat sebagai
pembantu untuk merawat radang di bahagian pundi-pundi, pembesaran
prostat, kekurangan nafsu seks dan sebagai pembebas air yang
sederhana.
KEBAIKAN
SAW PALMETTO
-
Benign Prostat Hiperplasia (BPH) - Perubatan moden kini
mengiktiraf kebaikan Saw Palmetto ke atas seseorang yang
mengalami simptom BPH seperti kesukaran untuk mengosongkan
pundi kencing dan kekerapan membuang air kecil terutamanya
di waktu malam. Ini berlaku apabila kelenjar prostat yang
terletak di sekeliling uretra membesar dan menghalang
pengeluaran air kencing. Ahli sains percaya bahawa sterol
di dalam Saw Palmetto berkerja dengan menghalang tindakan
dari enzim yang bertanggungjawab ke atas perubahan testosteron
kepada DHT (dihidrotestosteron). Prostat hiperplasia telah
dikaitkan dengan tahap ketinggian DHT, oleh kerana itu,
Saw Palmetto merupakan tambahan yang penting bagi seseorang
yang ingin mengatasi masalah prostat.
-
PENGUNGKAI
LEMAK - Saw Palmetto mengandungi minyak yang diperbuat
dari asid lemak bebas, sterol, karotena, tannin dan lipase,
sejenis enzim pengungkai lemak. Tindakan asid lemak menolong
mengurangkan peningkatan risiko penyakit prostat yang
disebabkan oleh keradangan, kolesterol yang tinggi dan
peredaran yang lemah.
-
KETAKFUNGSIAN
UNTUK EREKTIL - Menolong mengurangkan ketidakfungsian
erektil disebabkan kekurangan bekalan darah kepada tisu-tisu
oleh kerana tahap kolesterol yang tinggi dan dan peredaran
yang lemah.
-
PEMBASMI
SEMULAJADI - Komponen antiseptik dan astringen menolong
memulihkan tisu yang rosak di bahagian pundi kencing
-
PEMBEBAS
AIR - Mengurangkan risiko jangkitan pada saluran urinari
dengan mengeluarkan toksin dan kerengsaan dengan merangsang
pengeluaran air kencing.
-
PENGAWAL
HORMON - Mengawal ketidakseimbangan hormon, menyokong
dan membentuk tisu glandular bagi lelaki dan wanita. Juga
menguatkan tiroid yang mengawal keseluruhan fungsi kelenjar.
-
Digunakan
untuk membentuk dan menguatkan sistem pembiakan lelaki
dan wanita, ia melegakan keradangan testikular, menghalang
hormon yang menyebabkan pembesaran prostat, mengurangkan
kesensitifan buah dada akibat penyusuan dan haid.
-
PENGELUAR
KAHAK - Memulihkan batuk dan kesesakan disebabkan oleh
asma, radang tenggorok dan demam selesema
-
MENGEKALKAN
KESEIMBANGAN - Digunakan untuk mengimbangkan metabolisma,
menolong penghadaman dan merangsang nafsu makan untuk
meningkatkan berat badan.

|