LECITHIN PHOSPHATIDYL SERINE






RM 29.95 - 30 Tablets
 

LECITHIN PHOSPHATIDYL SERINE daripada 21ST Century dijana daripada kacang soya. Bahan ini bertindak sebagai reseptor-reseptor pada sel-sel saraf, membantu transmisi isyarat merentasi sinaps dan pengutuban membran untuk menghasilkan caj elektrik dalam transmisi isyarat.

Ia merupakan satu-satunya bahan di dunia yang telah disahkan keberkesanan rawatannya terhadap kehilangan ingatan kognitif. Phosphatidyl Serine ialah sejenis lipid fosfo yang merupakan satu konstituen penting dalam membran sel-sel saraf. Ia amat penting dalam pengangkutan ion-ion merentasi membran sel yang menghasilkan kesan elektrik dalam sistem saraf utama. Phosphatidyl Serine merupakan molekul kompleks yang dihasilkan dalam tubuh badan melalui suatu siri yang rumit. Bahan ini amatlah berkurangan dalam gizi makanan seharian. Phosphatidyl Serine diserap melalui sistem pencernaan, seterusnya, merentasi halangan darah otak untuk digunakan dalam otak untuk tindakan dan sintesis membran neuron. Telah ditunjukkan menerusi kajian nukleik radioaktif bahawa bahan ini memekat dengan sempurna di dalam otak. Phosphatidyl Serine merupakan produk saintifik yang paling luas dikaji untuk keruntuhan kognitif.

Kajian mendapati bahawa pengambilan 200-500 mg ke atas subjek tidak mendatangkan sebarang kesan buruk. Sebaliknya, terdapat peningkatan ingatan, daya pembelajaran, daya tumpuan, ketangkasan serta emosi dalam kebanyakan subjek kajian. Ujian-ujian dilakukan menggunakan imbasan EEG dan PET. Imbasan PET (positron emission tomography) dapat mengesan pengambilan glukosa dan metabolisme otak. Penggunaan glukosa dan pengambilan oksigen yang baik diperhatikan dalam semua kes hilangan ingatan yang berkait dengan usia (age-related cognitive decline) melalui penggunaan 300mg atau lebih Phosphatidyl Serine harian. Fungsi serebrum yang lebih baik turut diperhatikan dalam subjek-subjek kajian.

 
 
Designed by EWFADS.com
Maintained by GlobalITSolutions.net