JUNIOR MEMORAX
- Vitamins, Minerals and Amino Acids for school going children




<

RM 16.95 - 30 tablet

Memperbaiki Kecerdasan dan Tingkah Laku:
Banyak percubaan telah menguji idea bahawa vitamin tambahan boleh meningkatkan kecerdasan. Satu kemajuan yang besar telah diperolehi melalui kajian yang melibatkan kanak-kanak. Mengikut pemerhatian kajian, kanak-kanak yang bernasib baik untuk mendapat vitamin tambahan didapati mempunyai kelakuan yang lebih baik dan prestasi intelektual yang kukuh.

Percubaan klinikal plasebo terkawal, 6 buta berganda dengan kanak-kanak menunjukkan peningkatan tahap kecerdasan yang ketara bagi kumpulan yang mendapat vitamin tambahan. Corak pemerhatian adalah luar biasa tetap, percubaan yang berbeza ini menunjukkan purata terpilih meningkat di antara julat 4 hingga 15 mata IQ dalam kecerdasan bukan lisan berbanding dengan kecerdasan lisan. Kebolehan bukan lisan dianggap dapat mengukur potensi dan dipercayai adalah refleksi kepada fungsi asas biologikal.

Terdapat banyak bukti yang berkaitan tingkah laku. Ramai pakar perubatan melaporkan tentang kejayaan rawatan dengan tambahan B Kompleks dan Vitamin C ke atas beratus-ratus kanak-kanak dengan pelbagai masalah tingkah laku.

Para saintis secara khususnya telah mengkaji idea bahawa vitamin boleh meningkatkan daya tumpuan dan mendapati bahawa pengambilan vitamin tambahan meningkatkan masa kanak-kanak memberi tumpuan apabila cuba bermain permainan komputer yang susah. (Benton D dan Cook, R, "Vitamin and mineral supplements improve the intellegence score and concentration of a six years children" Person Individ Diff, 12 (11): 1151-1158 (1991).

Junior Memorax membekalkan nutrien penting yang meningkatkan kewaspadaan mental, daya tumpuan dan ingatan, menggunakan rumusan yang telah diuji dan telah terbukti dapat meningkatkan tahap IQ dalam percubaan-percubaan ke atas kanak-kanak.

Sebagai tambahan kepada keseluruhan spektrum vitamin dan mineral, ia mengandungi 4 asid amino: L-Sisteina, L-Glutamina, L-Metionina dan L-Tirosina yang berguna untuk meningkatkan jangka pemerhatian, ketajaman mental, kepekaan dan ingatan.

Dos ini adalah selamat dan cukup kecil, oleh itu ia boleh diberikan kepada kanak-kanak sekolah setiap hari.



Lain-lain pemakanan tambahan yang sesuai
Ginkgo 500 tablet.