INOSINE





RM 49.95 - 30 tablet

Inosina adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang penting ditemui di seluruh tubuh. Ianya merupakan peransang tenaga kepada atlit disamping sebagai rawatan untuk meningkatkan pelbagai keadaan jantung daripada radang lapik jantung hingga ke degupan jantung yang tidak teratur.

Ianya telah dicadangkan sebagai satu rawatan untuk sindrom Tourette, sejenis gangguan saraf ( Cheng Y and Jiang DH. Therapeutic effect of inosine in Tourette's Syndrome and it possible mechanism of action. Chung Hua Shen Ching Ching Shen Ko Tua Chih 23:90-93, 126-127,1990).

Inosina adalah penggerak metabolisme. Ianya telah digunakan untuk pra-latihan berat oleh pengangkat berat "bertaraf dunia", dari Russia dan Blok Timur untuk meningkatkan kapasiti pembawa oksigen dan meningkatkan tahap ATP (Adenosino Tri-Fosfat) sebatian tenaga tinggi yang dapat membantu kontraksi otot.

Inosina meningkatkan kebolehan tubuh secara semula jadi untuk mengatasi latihan yang membebankan, senaman, program latihan yang berat dan acara yang kompetitif. Inosina tergolong dalam keluarga kimia yang dipanggil Purine nukleatida, unit struktur tubuh RNA (asid ribonukleik) dan DNA (asid deoksiribonukleik). Inosina menggalakkan pengeluaran ATP dan dan dengan itu memperbaiki sistem pernafasan dan pembawa oksigen

Untuk sebab ini, Inosina digunakan oleh atlit yang ingin bersenam lebih lama tanpa mengalami keletihan otot. Inosina juga menggalakkan pengeluaran sejenis bahan yang dikenali sebagai 2,3 DPG yang diperlukan untuk penghantaran molekul oksigen daripada sel-sel darah merah kepada sel-sel lain untuk menjadi tenaga.

Penyelidik-penyelidik Jepun telah menyatakan Inosina amat berguna kepada mereka yang menghidap miokarditis, miokardiosklerosis, jantung nyanyuk, kardium arrythmia dan infarksi miokardium.

Dos yang disyorkan untuk Inosine ialah 1000mg (1 tablet) sebelum senaman.

Nota:Inosina boleh menaikkan tahap asid urik. Inosina tidak disyorkan untuk mereka yang menghidap gout atau penyakit buah pinggang.

Arahan: Sebagai pemakanan tambahan sukan, satu tablet setiap hari sebelum latihan. Sebagai tambahan untuk kardium, ambil dua biji selapas makan - satu pada waktu pagi dan satu lagi tengahari , selepas makan.




LAIN-LAIN PEMAKANAN TAMBAHAN YANG SESUAI
Bagi Sokongan Jantung – Co-Enzyme Q10, Garlic 20,000, Lecithin-Omega Complex.
Bagi Ahli Sukan – BCAA, Spectrum Multivitamins.