|
|
Secara
prinsipnya berguna untuk mengawal gula dalam darah dan untuk
tujuan mengurangkan berat badan.Apabila diletakkan pada lidah,
ia menghalang rasa manis dan bila dimakan, ia didapati mampu
mengawal paras gula dalam darah pada pesakit diabetes. Pakar-pakar
perubatan di India pertama kali menggunakan gymnema untuk
merawat diabetes 2000 tahun yang lalu. Pada tahun 1920'an,
kajian-kajian saintifik mendapat bahawa gymnema sememangnya
mengurangkan paras gula dalam darah. (Liniger S, et al, The
natural pharmacy Rocklin, CA Prima Publishing 1998:276)
APAKAH KEGUNAAN GYMNEMA HARI INI?
Ia telah
menjadi popular di Amerika sebagai rawatan sokongan untuk
diabetes. Sesetengah haiwan dan beberapa kajian awal ke atas
manusia menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan rembesan
insulin dan menambahkan keberkesanan insulin. (Lawrance Review
of Natural Product Gymnema, Monograph. St.Louis,MO: Fact and
Comparisions Division JB Lipincott Company,1993. Shamugamsundram
ERB, et al.Use of Gymnema Sylvestre leaf extract in the control
of blood glucose in insulin-dependent diabetes melitus. J
Ethnopharmacol 30:281-294, 1990. Baskaran K, et al. Antidiabetic
effect of a leaf extract from Gymnema Sylvestre in a non insulin-dependent
diabetes melitus patients. J Ethnopharmacol 30:295-305, 1990)
Gymnema berkemungkinan boleh membantu dalam kes-kes diabetes
sederhana bagi orang dewasa yang mana suntikan insulin tidak
diperlukan. Ia juga digunakan sebagai rawatan sokongan bagi
penyakit ini dalam bentuk yang lebih serius. Menurut beberapa
laporan, Gymnema membolehkan beberapa orang yang mengidap
diabetes Jenis 1 untuk mengurangkan keperluan insulin sehingga
separuh. (Shamugamsundram ERB, et al.Use of Gymnema Sylvestre
leaf extract in the control of blood glucose in insulin-dependent
diabetes melitus. J Ethnopharmacol 30:281-294, 1990). Bagi
mereka yang mempunyai diabetes Jenis 11, gymnema boleh mengurangkan
keperluan dos yang perlu dimakan. (Baskaran K, et al. Antidiabetic
effect of a leaf extract from Gymnema Sylvestre in a non insulin-dependent
diabetes melitus patients. J Ethnopharmacol 30:295-305, 1990).
AMARAN
: Diabetes adalah penyakit yang serius, oleh itu, gymnema
hanya boleh digunakan di bawah penyeliaan doktor. Anda tidak
boleh dalam apa keadaan sekalipun cuba menggantikan insulin
dengan gymnema sylvestre.
Dos
: Satu hingga dua biji sehari. Ia boleh diambil bersama-sama
dengan Alpha Lipoic Asid (ms 37) yang merupakan satu lagi
rawatan semula jadi untuk kawalan diabetes.
MENGURANGKAN
BERAT BADAN
Pengamal-pengamal
diet mesti mengambil 2 biji sebelum makan makanan mengandungi
gula kerana ia akan membantu menghalang beberapa kalori daripada
gula dari diserap sama seperti LIPO CHITOSAN (ms 60) menghalang
minyak dan lemak daripada diserap oleh tubuh anda.

|