|
Guggul, juga dikenali sebagai Commiphora Mukul dan Indian Bedellium, merupakan ubatan herba yang sangat berkesan untuk mengawal obesiti dan untuk mengurangkan kolesterol. Ianya bukan popular dalam perubatan Ayurvedik, malahan telah menjadi sangat popular di Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan banyak lagi negara di barat.
Ramai pengguna mengambil Guggul kerana ia mampu mengawal aras lemak di dalam darah dan ia membantu meningkatkan tahap keimunan badan.
Guggul ialah sejenis resin yang mampu membakar dan mengurangkan lemak. Kajian menunjukkan Gugul mampu mengurangkan aras kolesterol dalam darah sebanyak 14 - 27% dan mampu menurunkan aras trigliserid sebanyak 22 - 30%. Kesan pengurangan lemak dari pengambilan Guggul menyamai ubatan preskrib, tetapi oleh kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, ia adalah jauh lebih selamat. Guggul bertindak pada hati dengan meningkatkan metabolisma (pemecahan/pelupusan) kolesterol yang tidak diperlukan badan atau LDL.
Selain itu, Guggul mempunyai kesan untuk meningkatkan sel darah merah di dalam darah yang secara tidak langsung memberi kesan disinfektan semulajadi. Ia merupakan ubatan semulajadi yang mempunyai kesan terapeutik yang luas. Kesan tindakannya yang meluas sangat berfaedah dalam membantu meningkatkan daya tahan badan terhadap pelbagai jenis penyakit seperti batuk selsema, jangkitan pada kulit, gigi dan mata.

|