 |
|
Garlic 20,000
|
|


|
BAWANG
PUTIH - Bukti tentang keberkesanan khasiatnya dalam perubatan
semakin meningkat. Ianya melindungi daripada penyakit jantung
dan kanser serta mengandungi bahan antibiotik. Kajian menunjukkan
bahawa bawang putih boleh menghapuskan 60 jenis kulat dan
20 jenis bakteria.
KEBAIKAN
BAWANG PUTIH
- Ianya
mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang
mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan
paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung,
manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan
pengurangan kadar lipoprotein.
- Berbagai
jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh
memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular.
Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak,
kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan
bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab.
- BAWANG
PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium
- iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium
adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang
radikal bebas. Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan
untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa
jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi
bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap
haiwan.
- Pengambilan
bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut.
Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser
yang menyebabkan nitrosamina.
- Kajian
menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan
nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada
tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab
kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik
terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan
hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser.
Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis
berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat
daripada bawang putih.
- Alisin
adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik
pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi
tidak memusnahkan bakteria yang baik.
- BAWANG
PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis
yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona,
kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan.

|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
| |
| |
|
|
|
|