Krim Pemutih & Penyegar Kulit






RM 98.95


FAIREN merupakan krim pemutih terkini yang mengandungi bahan-bahan yang dirumus untuk mencerahkan kulit anda dengan selamat. Ianya mengandungi:

Applephenon (dari Jepun) - Campuran semulajadi polyphennols yang diekstrek daripada kulit buah epal yang muda. Kajian klinikal menunjukkan bahawa Applephenon memutihkan kulit dengan menghalang penghasilan melanin (yang bertanggungjawab bagi memberi kulit warnanya) dan juga menapis serta menyerap radiasi UV yang merbahaya. Dengan mengurangkan penghasilan melanin, kulit anda akan menjadi lebih cerah, dengan rata. Sebagai satu anti-oksiden, Applephenon juga memberi kesan anti-penuaan yang sihat. Ianya semulajadi dan tidak memberi apa-apa kesan sampingan.

Arbutin (diekstrek dari 'Bearberry') kadangkala dirujuk (dengan kurang tepat) sebagai 'hydroquinone' semulajadi. Ekstrek 'Bearberry' mengandungi bahan yang dikenali sebagai arbutin. Walaupun bahan ini memberi kesan yang sama seperti 'hydroquinone' pada sel-sel yang menghasilkan melanin, ianya tidak memberi kesan-kesan sampingan, risiko pada kesihatan mahupun kesan gangguan pada kulit, yang selalunya dikaitkan dengan 'hydroquinone'.

Asid Kojic dihasilkan melalui penapaian bakteria dari aspergillus beras. Bahan yang ditemui oleh orang Jepun ini didapati mempunyai kesan yang mendalam pada penghasilan melanin. Ia seakan-akan menbantutkan kehadiran tyrosine berbentuk bebas, iaitu sejenis asid amino yang penting bagi penghasilan melanin. Sejak lebih dari sedekad, Asid Kojic telah digunakan dalam pembikinan produk pencerahan kulit. Bila diserap ke dalam kulit, ianya boleh mendatangkan kesan yang cepat, lagi berkekalan lama. Tiada apa-apa bukti saintifik yang mengaitkan Asid Kojic dengan risiko kesihatan apabila digunakan. Apa-apa informasi yang menyarankan risiko sedemikian diterbitkan oleh pengeluar bahan kimia syarikat penyaing dan tidak mempunyai pengesahan saintifik.

Kolagen Merin ('Marine Collagen') diekstrek menggunakan kaedah 'enzymatic hydrolisis' dari kulit ikan yang terpilih (seperti ikan 'saithe', 'haddock', 'plaice' dan ikan kod). Kaedah penyediaan ini membolehkan kolagen larut dengan mudah. Struktur molekul kolagen merin adalah serupa dengan komponen utama kulit. Ia terdiri dari 18 jenis asid amino, terutamanya proline dan hydroxyproline. Kedua-dua asid ini merupakan faktor penting bagi sifat pemejalan kolagen. Kolagen Merin yang terdapat dalam krim FAIREN membantu penghasilan tisu, kulit serta tulang rawan yang baru.

FAIREN

  • Mencerahkan & membaiki kulit sedia ada yang rosak akibat radiasi UV
  • Melindungi dari proses perosak 'oxidative' & alam sekitar
  • Menjadikan kulit lebih cerah & kelihatan lebih muda
  • Menapis serta menyerap radiasi UV yang merbahaya

 

Designed by EWFADS.com
Maintained by GlobalITSolutions.net