|


|
Co-enzyme
Q10 (CoQ10) bukan sejenis vitamin, mineral atau asid amino
namun ia penting kepada setiap sel dalam tubuh kita.
Selain daripada menghasilkan tenaga, CoQ10 melindungi tubuh
daripada radikal bebas yang merosakkan, meningkatkan pertahanan
imun, membantu menghalang dan juga merawat penyakit jantung,
kencing manis, penyakit berkala, tekanan darah tinggi, kegemukan,
kanser dan menolong melambatkan proses penuaan - dengan syarat
tubuh mendapat kuantiti CoQ10 yang optimal dan ini HANYA boleh
dilakukan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Makanan hanya
mengandungi sedikit CoQ10 dan semakin kita tua, tubuh kita
hanya mampu menghasilkan jumlah yang sedikit. Oleh itu, kekurangannya
adalah perkara biasa.
KESIHATAN
BERMULA DENGAN JANTUNG
Semua organ memerlukan CoQ10 terutama jantung. Sehingga 1990,
terdapat 50 kajian megenai kesan CoQ10 ke atas kardiomiopati,
arhitmia, penyakit arteri koronori, sesak nafas disebabkan
kegagalan jantung berfungsi, prolaps injal mital dan tekanan
darah tinggi. (Greenburg, S. dan W.H. Frishman, Journal of
Clinical Pharmacology, 1990, 30, 595-608). Apabila orang yang
memerlukan perpindahan jantung, mengambil nutrien ini, keadaan
mereka menjadi bertambah baik sehingga tidak perlu lagi dibuat
pembedahan tersebut. (Mortenson, S. A., et al., Clinical investigator,
1993, 71:S116-S123). Bila diberikan selepas pembedahan pintasan
koronori, CoQ10 memendekkan masa pemulihan. Tiga kajian yang
berasingan menunjukkan apabila 100mg CoQ10 diberikan setiap
hari kepada beribu-ribu pesakit jantung, 75% menunjukkan kemajuan
dalam fungsi pulmonari, edema, dan denyutan jantung - tanpa
kesan sampingan. (Morisco, C., et al., Baggio, E. et al.,
Lampertico, M., et al., Clinical Investigator, 1993, 71: S129-S149).
Yang menariknya
ialah kekuatan terapeutik CoQ10 dalam rawatan kardiomiopati.
Pemberian tambahan membaiki prognosis dalam banyak kes sehingga
keadaan boleh dianggap sebagai kekurangan CoQ10. (Langsjoen,
P. H., et al., International Journal of Tissue Research. 1990.
12(3): 163-71) Dalam satu kajian didapati 87% dari 126 pesakit
kardiomiopati menunjukkan kemajuan ketara dalam fungsi jantung
selepas mengambil 100mg sehari, tanpa kesan sampingan yang
buruk. (Langsjoen, P. H., et al., Free Radical Research Communications.
1989, 6: 667-75).
Jantung
benar-benar bergantung kepada CoQ10 untuk memenuhi keperluan
tetap tenaganya; otot jantung mengandungi dua kali ganda lebih
banyak nutrien daripada organ lain atau tisu dalam tubuh.
Mereka yang berpenyakit jantung mempunyai kurang 25% CoQ10
berbanding mereka yang sihat. Jika kekurangan mencapai 75%,
pakar -pakar meramalkan jantung akan berhenti berdenyut. (Folkers,
K. et al., Journal of Optimal Nutrition, 1993,2(4): 264-74)
Oleh kerana CoQ10 akan lazimnya berpindah ke jantung, setengah
pengkaji mengesyorkan bahawa ianya mungkin antioxidan yang
paling penting untuk mencegah aterosklerosis. (Esterbauer,
H., et al., Free Radical Research Communications. 1989, 6:
667-75).
TEKANAN
DARAH TINGGI
Kajian membuktikan pengambilan dos 60-100mg setiap hari akan
merendahkan bacaan tekanan darah. (Digiesi, V., et al., Current
Therapeutic Research, 1992, 51(5): 668-72). Oleh itu, sesiapa
yang mempunyai tekanan darah yang rendah perlu berhati-hati
bila mengambil CoQ10 kerana ia boleh menurunkan lagi tekanan
darah mereka.
KENCING
MANIS
Dos 60mg setiap hari boleh merendahkan kandungan gula dalam
darah dalam masa 6 bulan. (Shimora,Y., et al., Japanese Journal
of Clinical and Experimental Medicine. 1981, 1349-53).
KANSER
Kehadiran kanser berhubung kait dengan kekurangan CoQ10. Beberapa
tahun yang lalu, penyelidik-penyelidik Denmark telah memberi
dos 390mg setiap hari kepada sekumpulan wanita pengidap kanser
payu dara metastatik. Selepas beberapa bulan kanser itu berkurangan
untuk 4 orang wanita. Selepas 11 bulan, seorang wanita penghidap
kanser, yang telah merebak dari payu dara ke hati, telah sembuh
dan doktor melaporkan bahawa kesihatannya amat baik (Lockwood,K.,
et al., Biochemical and Biophysical Research Communications,
1995; 212:172-77).
Sukatan
dos adalah kuncinya di sini. Dalam kajian sebelumnya, penyelidik-penyelidik
Denmark telah memberi 90mg sehari kepada beberapa kumpulan
lain pesakit barah payu dara. Jumlah dos itu tidak mengurangkan
kanser walaupun ia mungkin telah menolong memanjangkan usia
wanita-wanita tersebut. (Biochemical and Biophysical Research
Communications, 1994; 199:1504-08).
Cadangan
Pemakanan Tambahan
Kita semua
memerlukan CoQ10 selepas umur 40 tahun. Pertumbuhan di dalam
tubuh memuncak pada usia 20 dan menurun 40% daripada jumlah
semasa umur 80 tahun. Untuk tambahan setiap hari, dos 30mg
diperlukan untuk mereka yang berusia diantara 40 ke 50 tahun
dengan syarat anda berada di dalam keadaan kesihatan yang
paling baik. Jika tidak, ambil 60mg sehari. Bagi 50 - 60 tahun,
dos minimum ialah 60mg sehari untuk mereka yang sungguh sihat
dan antara 90 - 180mg diperlukan untuk reaksi terapeutik.
Bagi yang berumur lebih 60 tahun, ambil minimum 90mg sehari.
Ada syarikat pengeluar vitamin yang mendakwa CoQ10 yang mudah
larut dalam air, lebih senang diserap dan untuk itu mereka
menuntut harga yang tinggi. Bagaimanapun tiada sebab saintifik
untuk memilih CoQ10 yang telah terlebih diproses itu kerana
semua kajian yang dirujuk di atas adalah berasaskan pada CoQ10
yang biasa. Selain daripada itu, apa yang lebih membimbangkan,
tekanan-tekanan (seperti haba) yang dikenakan pada serbuk
CoQ10 di dalam proses membuatnya larut, boleh mengurangkan
keberkesanannya. Begitu juga , disebabkan semua kajian dilakukan
setakat ini menggunakan CoQ10 yang terdapat di dalam 2 biji
kapsul, maka adalah lebih bijak digunakan dalam bentuk ini
daripada bentuk tablet atau bentuk selatin yang lembut.

|