|
Umumnya telah
diketahui bahawa paras kolesterol serum adalah faktor penyebab kepada
penyakit-penyakit lain, terutama penyakit kardiovaskular.
Kolestatin memiliki
semua fungsi untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular tanpa lemak.
Ia membekalkan fitosterol semula jadi dengan ketulenan tinggi termasuk
beta stosterol, kampesterol dan stigmasterol - tanpa lemak tepu,
asid translemak atau kalori. Percubaan klinikal selama hampir 50
tahun telah membuktikan keberkesanan fitosterol.
Dalam kajian
ke atas haiwan dan manusia, didapati bahawa Beras Yis Merah adalah
satu bahan tradisional Cina yang dapat mengurangkan paras lipid
serum dengan berkesan. Beras Yis Merah juga dikenali beras Monascus
purpureus, diperolehi daripada jenis yis M purpureus Went dan disediakan
mengunakan kaedah penapaian beras tradisional. Ia menunjukkan Beras
Yis Merah mengandungi sebatian HMG-CoA dengan aktiviti penghalang
reduktase, yang bertanggungjawab untuk mencegah sintesis kolesterol
dalam hati. Tambahan lagi, Beras Yis Merah juga mengandungi lemak
asid tak tepu yang mungkin membantu mengurangkan lipid serum.
MANFAAT-MANFAAT
UTAMA KOLSETATIN & BERAS YIS MERAH
- Amat berkesan
untuk mengurangkan paras lipid serum
- Membantu
mengawal ketinggian paras kolesterol dan trigliserida serum
- Menghalang
sintesis kolesterol dalam hati
- Merangsang
kesihatan kardiovaskular

|