|
Cat's Claw (Uncaria
tomentosa) adalah tumbuhan yang didapati di hutan hujan dari Gunung
Andes terutamanya di Peru. Orang asli Peru menggunakan cat's claw
untuk merawat penyakit inflamasi seperti artritis, membersihkan
saluran penghadaman dan tumor. Ia juga digunakan untuk merangsangkan
sistem immunasi, menggalakkan pembahruan tisu luka, pemulihan selepas
bersalin, dan ketidakseimbangan hormon wanita. Dokumentasi lain
kegunaannya di Peru juga meliputi rawatan untuk pendarahan, kekotoran
kulit dan darah, dan kitaran haid yang tidak menentu.
Yang paling
mendapatkan perhatian masa kini adalah penemuan kumpulan oksindol
alkaloid dalam batang dan juga akar Cat's Claw yang telah didokumentasikan
sebagai perangsang sistem immunasi. Kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya
6 daripada kumpulan oksindol alkaloid ini boleh meningkatkan fungsi
immunasi sekadar 50% dengan hanya menggunakan kuantiti yang kecil.
Hasil kajian ini telah menyebabkan kegunaannya sebagai rawatan sampingan
untuk kanser dan AIDS serta penyakit lain yang mempunyai kesan negatif
terhadap sistem immunasi.
Ciri-ciri
Cat's Claw meliputi:
- Adaptogenik
- Anti-mikrobial
- Antioksidan
- Anti-viral
- Anti-inflamasi
- Anti-barah
|