|

|
ASTRAGALUS
ROOT telah digunakan di dalam hampir separuh daripada perubatan
tradisional Cina. Ia adalah mujarab sebagai pemberi tenaga
dan perangsang imun.
Astragalus adalah antibiotik sederhana yang meningkatkan aktiviti
sel-sel darah putih dan menggiatkan aktiviti pengeluaran 'interferon'
iaitu sejenis protein yang dihasilkan oleh sel tubuh bila
diserang oleh virus dan menghalang pertumbuhan virus di dalam
sel tubuh.
KEBAIKAN
ASTRAGALUS ROOT
-
SINDROM KEPENATAN KRONIK - Kesan anti-virus, penguatan
imun dalam jangka panjang dan tonik secara keseluruhannya
ke atas tubuh oleh Astragalus, akan memberi banyak faedah
kepada mereka yang mengalami ketakfungsian sistem imun
yang kronik.
-
PEMULIHAN
JANGKA PANJANG DARIPADA PENYAKIT YANG TERUK - Sakit yang
kronik boleh melemahkan sistem imun. Semasa fasa pemulihan
yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau lebih
lama, tubuh badan adalah terdedah kepada serangan virus.
Astragalus meningkatkan sistem imun dalam jangka panjang
dan melindung serta meyembuhkan kerosakan disebabkan sakit
kronik.
-
BARAH
- Pengkaji Cina telah menggunakan Astragalus bagi pesakit
barah dan mendapat kejayaan - mengimbangi beberapa kesan
tekanan ke atas imun akibat kimoterapi dan radiasi. Dalam
dua kajian, keupayaan untuk hidup adalah dua kali ganda
di kalangan pesakit yang menerima terapi herba termasuk
astragalus, berbanding dengan pesakit yang hanya menerima
kimoterapi dan radiasi. Penyiasat-penyiasat dari University
of Texas melaporkan bahawa terdapat kesan baik pulih imun
yang kuat di dalam kajian tabung uji terhadap sel barah
yang dirawat dengan ekstrak astragalus. Sel-sel tertentu
yang dirawat dengan pati astragalus terus hidup 50% lebih
lama.
-
INFEKSI
VIRUS BERTERUSAN - Astragalus membantu di dalam rawatan
dan pencegahan demam dan selsema, radang tenggorok, masalah
kardiovaskular, tekanan darah, masalah kelenjar termasuk
hati (hepatitis), buah pinggang, limpa, dan kelenjar adrenal
yang disebabkan oleh virus. Astragalus menguatkan paru-paru,
membantu dalam pemulihan penyakit atau kecederaan yang
memerlukan sokongan sistem imun jangka panjang. Paling
penting, kajian sehingga kini menunjukkan akar Astragalus
adalah bukan toksik dan selamat untuk digunakan dengan
kerap dalam jangka masa panjang.
-
DEMAM
KELENJAR/(DEMAM ROSS RIVER) - Tindakan teraputik Astragalus
merangsang sistem imun dalam jangka masa panjang dan melindung
serta memulihkan kerosakan disebabkan oleh demam kelenjar
atau demam Ross River.
-
Ia
menyahtoksikkan tubuh dan memperbaiki kompleksi.

|