|

|
Sehingga
beberapa tahun yang lalu tidak ramai yang tahu mengenainya.
Kini, ia diterima sebagai antioksida universal dan rawatan
utama bagi diabetik neuropati. Beberapa sebatiannya amat berguna
kepada seseorang yang mempunyai diabetes sama ada Jenis I
atau Jenis II.
Dalam
satu kajian, (Ziegler, D., et al., Diabetische Stoffwechsel,
1993;2:443-8), pemberian dos Asid Alpha Lipoik di antara 300mg
dan 600mg setiap hari mengurangkan kesakitan neuropati dalam
masa 12 minggu. Kelegaan berterusan dibuktikan dalam satu
lagi kajian dengan menggunakan dos oral dan suntikan sebanyak
600mg (Hamdorf, G., Experimental Clinical Endocrinology and
Diabetes, 1995; 104:126-7). Dalam ujikaji lain, pengkaji mendapati
kemajuan sebanyak 80% daripada simptom selepas 320 orang yang
dimasukkan ke hospital bagi rawatan neuropati mengambil Asid
Alpha Lipoik selama tiga minggu (Ziegler, D., et al., Diabetologica,
1995; 38:1425-33).
Gula berlebihan
di dalam aliran darah menyebabkan kerosakan saraf retinopati
pengidap kencing manis. Proses yang dipanggil glisasi merupakan
satu daripada bentuk utama kerosakan sel yang dikaitkan dengan
penuaan oleh saintis. Apa sahaja yang boleh mengawal tahap
glukos tentu sahaja boleh memperlahankan, kalaupun tidak mengundurkan,
beberapa kesan akibat penuaan. Asid Alpha Lipoik menentang
rintangan insulin dan merangsang sel-sel tubuh kita untuk
mengambil glukos. Sebagai contoh, dos suntikan sebanyak 1000mg
meningkatkan pengambilan glukos oleh sel sebanyak 50%. Kajian
terhadap binatang menunjukkan bahawa Asid Alpha Lipoik juga
melindung sel pankreas yang mengeluarkan insulin. Kerosakan
sel-sel ini menyebabkan kencing manis Jenis 1 dan rawatannya
adalah menggunakan suntikan insulin. Daripada satu kajian
ke atas peminum arak, Asid Alpha Lipoik juga merupakan pelindung
hati yang kuat di mana ia menghalang kesan toksik alkohol,
menurut satu kajian terhadap peminum-peminum wain (Wickramasinghe,
S.N., and R.Hasan, Biochemical Pharmacology, 1992; 43(3) :
407-11).
DOS YANG DISYORKAN
Bagi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan,
dos yang dicadangkan adalah antara 50-100mg setiap hari. Jika
digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan kencing manis
dosnya boleh antara 600-900mg setiap hari. Kecuali tindakbalas
terhadap kulit yang jarang sekali berlaku, Asid Alpha Lipoik
tidak mempunyai kesan buruk dan tiada interaksi dadah. Satu-satunya
kesan perubatan ini ialah pengidap kencing manis perlu mengurangkan
penggantungan mereka terhadap insulin atau dadah antidiabetes
lain yang di bawah seliaan doktor mereka. Bukankah ianya merupakan
satu keputusan yang baik?

|